Skip to main content
Berita TempatanHomePerlisViral

IPU Tidak Sihat – Sekolah Di Perlis Juga Ditutup

By 21 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Perlis)

KANGAR, 21 Okt (Malaysiaaktif) — Bacaan IPU di Perlis menunjukkan paras tidak sihat bermula pagi tadi.

Bacaan IPU sehingga pukul 5.00 petang tadi mencatatkan 165, iaitu di paras tidak sihat.

Berikutan situasi tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan arahan penutupan sekolah esok, Khamis, 22 Oktober 2015 di negeri-negeri yang terjejas jerebu, termasuk Perlis.

Jarak penglihatan juga amat terhad dengan jerebu yang semakin tebal meningkat dari masa ke semasa.

Sementara itu, tinjauan Malaysiaaktif mendapati orang ramai kurang di lokasi-lokasi riadah seperti sebelum ini.

Kementerian Kesihatan menasihati oarng ramai supaya menjaga kesihatan dan menggunakan topeng muka ketika di luar serta banyak minum air.

 

Tinggalkan komen anda