Skip to main content
HomeViral

Penjelasan Video ‘Stunner’ Dalam Pembelihan Lembu

By 21 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan
KUALA LUMPUR, 21 Okt  — Merujuk kepada klip video di Pulau Pinang berkaitan penggunaan ‘stunner’ dalam proses penyembelihan lembu yang diviralkan di dalam media massa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memandang serius akan tujuan video clip ini disiarkan.

Berikut adalah penemuan yang diperolehi berdasarkan penelitian terhadap klip video tersebut;

– Klip video menunjukkan proses stunning dan bukannya proses penyembelihan. Proses stunning menggunakan alat pneumatic stunner tidak terdapat di rumah sembelih Malaysia. Oleh yang demikian, klip video ini berkemungkinan besar menggambarkan keadaan di luar negara.

– Dalam proses penyembelihan sebenar, penyembelih akan melakukan proses penyembelihan dengan menggunakan pisau yang tajam dengan membaringkan ternakan, memutuskan halkum dan dua salur darah karotid. Video yang ditunjukkan tidak dapat digunakan untuk menentukan sama ada

proses penyembelihan halal atau sebaliknya dilakukan kerana tiada proses penyembelihan ditunjukkan.

– Menyentuh tentang beberapa establishment penyembelihan di India yang mengeksport daging ke Malaysia seperti dinyatakan di dalam suara latar klip video tersebut, ianya tidak berkaitan dengan praktis yang dilakukan oleh establishment tersebut. Ini adalah kerana semua daging yang diimport dari India termasuk dari establishment yang dinyatakan adalah daging kerbau. Sedangkan video clip menunjukkan proses stunning terhadap ternakan lembu.

Dirumuskan bahawa seperti berikut;

– Pneumatic stunner yang dipaparkan di dalam video tidak digunakan di Malaysia.

– Ianya tidak digunakan oleh semua establishment penyembelihan di India yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengeksport daging ke Malaysia. Semua establishment di India yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia adalah untuk pengeksportan daging kerbau sahaja. Sebaliknya video menunjukkan ternakan lembu yang mana turut dilarang penyembelihannya di India.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan orang ramai tidak terpengaruh dengan klip video tersebut yang boleh mengelirukan dan meragukan para pengguna daging secara umumnya.

Untuk maklumat lanjut para pengguna daging import boleh merujuk ke laman sesawang DVS seperti alamat berikut:http://www.dvs.gov.my/approved-overseas-plant-abattoir bagi memastikan establishment yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia.

DR KAMARUDIN BIN MD ISA

TIMBALAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR
(KESIHATAN VETERINAR)
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA

Tinggalkan komen anda