Skip to main content
Berita TempatanHomeKedah

Jerebu- Pendapatan Nelayan Tasik Di Sik Terjejas

By 21 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fazian Ahmad dan Khairi Sidik (Sik)

BELANTIK 21 Okt (Malaysiaaktif) — Keadaan jerebu yang melanda ketika ini menyebabkan  aktiviti menangkap ikan nelayan tasik terjejas.

Paling terkesan, kebanyakan penduduk yang tinggal berhampiran Tasik Ampangan Muda  di sini.

 

sik2

 

Seorang nelayan, Faizal, 41 ketika ditemui berkata dia dan rakannya tidak dapat turun menangkap ikan kerana jarak penglihatan terhad dan boleh membahaya diri sekiranya bot terlanggar pokok mati di dalam tasik.

Seorang lagi nelayan, Jamil Othman, 56 mengeluh kerana sudah dua hari dia tidak turun menangkap ikan hingga terjejas sumber pendapatan.

Tinjauan Malaysiaaktif di sekitar jeti Tasik Muda mendapati banyak bot nelayan tersadai.

 

sik3

 

 

Tinggalkan komen anda