Skip to main content
Berita UtaraHomeKedahViral

Lapangan Terbang Langkawi Batal 34 Penerbangan Kerana Jerebu

By 21 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

LANGKAWI, 21 Okt — Jerebu kembali melanda Langkawi dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat mencecah 149 pada pukul 2 petang tadi sehingga memaksa 34 penerbangan keluar masuk dibatalkan.

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Jefri Ramli berkata 12 lagi penerbangan masuk dan keluar di situ terlewat dari jadual berikutan jarak ketampakan yang rendah.

“Lapangan terbang ini masih tetap beroperasi dan keputusan membatalkan penerbangan dibuat syarikat penerbangan sendiri setelah mendapat maklumat dari DCA (Jabatan Penerbangan Awam),” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Marzuki Daud turut memaklumkan semua sekolah di pulau ini ditutup esok berikutan trend bacaan IPU tidak sihat yang semakin meningkat.

Jerebu yang semakin teruk mula dialami petang semalam dan ini merupakan kali kedua Langkawi dilanda keadaan ini setelah masalah sama berlaku pada awal bulan ini.

 

– MS

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda