
Oleh Abdul Jamim Ahmed (Lipis)
LIPIS, 20 Okt (Malaysiaaktif) — Kesesakan trafik berlaku sepanjang Jalan Lipis-Raub pagi tadi berikutan satu kemalangan di km3 jalan yang sama.
Kejadian berhadapan dengan laluan masuk ke Taman Muhibbah mengakibatkan sebatang tiang letrik patah dan kabel jatuh merintangi jalan tersebut.
Polis ditugaskan untuk mengawal lalu lintas sementara petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalih tiang dan kabel, sementara pihak lain menarik kenderaan yang terbabit.
Pemandu kereta jenis Proton Wira berkenaan dilaporkan selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku.