Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiPulau Pinang

PLBE Inisiatif Kerajaan Pusat Untuk Kemudahan Rakyat

By 20 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hanafi Sariman, Mohd Zahari Zakaria & Azrul Hasan

BUKIT MERTAJAM 20 Okt (Malaysiaaktif) — Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh ke Padang Besar adalah usaha Kerajaan Persekutuan mempertingkatkan mutu pengangkutan rel bagi keselesaan dan keselamatan pengguna pengangkutan awam pada harga yang berpatutan.

PLBE yang bermula pada Januari 2008 dan siap pada 07 November 2014, menggantikan landasan satu trek sepanjang 329 km merentasi negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, PLBE bertujuan menambah baik  sistem pengangkutan awam kepada yang lebih efisyen dan memendekkan masa perjalanan.

Tambah beliau, projek sejauh 329km dan bernilai lebih RM12 bilion ini melibatkan Pulau Pinang sepanjang 63km, iaitu 20 peratus daripada keseluruhan projek.

Menurut Zainal Abidin, pihak KTMB menetapkan sebanyak 14 perjalanan tren setiap hari dan dari semasa ke semasa akan menambah kekerapan mengikut permintaan.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri taklimat oleh Pengurus Projek KTMB, Haji Ismail Ali  di Stesen Keretapi Bukit Mertajam tengahari tadi.

 

 

Tinggalkan komen anda