Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisViral

Perlis Diselebungi Jerebu Tebal, Sekolah Masih Dibuka

By 20 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Perlis)

KANGAR, 20 Oktober (Malaysiaaktif) — Negeri paling utara di semenanjung Malaysia, Perlis kini kembali diselubungi jerebu setelah lebih seminggu indeks pencemaran udara (IPU) di paras baik.

Bacaan IPU pada pukul 6.00 pagi tadi yang dicatatkan dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan tahap bacaan hanya 67, iaitu di paras sederhana.

Arahan penutupan sekolah masih belum dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri kerana bacaan IPU rasmi belum mencecah paras tidak sihat.

Terdapat rungutan daripada sesetengah penduduk, terutama yang mengalami alahan dan yang terkesan oleh jerebu bahawa bacaan oleh JAS seolah-olah tidak realistik.

Tinjauan Malaysiaaktif juga mendapati di beberapa kawasan jerebu kembali menyelubungi negeri ini.

Menurut penjelasan pihak JAS tidak lama dahulu, bacaan IPU di Malaysia adalah bacaan purata yang dicerap dalam masa 24 jam. Di Singapura, mereka menggunakan bacaan PM2.5 dalam pengukuran PSI sejak 2014, manakala Indonesia memaparkan nilai PM10 dalam laman sesawang mereka, yang menunjukkan nilai PM10 di Palangkaraya, di Kalimantan Tengah sebanyak 1165 mikrogram permeter padu pada jam 10 pagi, 1 Oktober lalu.

 

Tinggalkan komen anda