Skip to main content
Berita TempatanSabah

KKMM Sabah Dan Sarawak Mantapkan Fungsi AKRAB

By 22 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Marklin Brunei (Sabah)

KOTA KINABALU, 22 Oktober 2015 (Malaysiaaktif) – Seramai 28 orang anggota Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Sabah dan Sarawak menghadiri Kursus Pemantapan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) selama tiga hari yang bermula pada 20 Oktober.

Kursus ini adalah merupakan lanjutan daripada Kursus AKRAB yang telah diadakan sebelum ini sebagai suatu langkah proaktif dalam meningkatkan pemahaman anggota terhadap fungsi dan peranan AKRAB di kementerian.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KKMM Datuk Abdul Rahman Mohamad, berkata, peranan AKRAB adalah penting, terutama dalam membantu kecemerlangan individu dan organisasi bagi memastikan setiap anggota bersedia untuk menghadapi pelbagai
cabaran.

AKRAB2

 

Beliau berkata, adalah menjadi peranan penting AKRAB mencari jalan penyelesaian permasalahan seseorang kakitangan di jabatan agar ia tidak menjejaskan imej rganisasi dan seterusnya gagal berfungsi mengikut keperluan rakyat hari ini.

Menurut Rahman lagi, peranan AKRAB akan diperluaskan melalui pelbagai aktiviti turun padang, terutama dalam usaha ingin membantu mereka yang menghadapi masalah berikutan bencana alam.

“Atas sebab itulah, dalam kursus kali ini, ahli AKRAB diperkenalkan dengan modul psikologi bagi membantu mangsa bencana alam daripada kalangan anggota jabatan” katanya lagi.

Sejak ditubuhkan pada 2008, AKRAB KKMM kini mempunyai seramai 182 ahli yang terdiri daripada pelbagai kategori peringkat perjawatan.

 

Tinggalkan komen anda