Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelakaViral

Indeks IPU Jerebu Masih Tidak Sihat Di Melaka

By 22 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Haji Bulka (Melaka)

MELAKA, 22 Okt (Malaysiaaktif) —  Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Negeri Melaka hari ini masih di bawah kategori tidak sihat. Berdasarkan catatan pada laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) pagi ini pada pukul 8.00 pagi, IPU mencatatkan bacaan 102 di bandaraya Melaka dan 105 di Bukit Rambai.

Berbanding IPU semalam, pada pukul 11.00 malam bandaraya Melaka mencatatkan IPU 100, manakala Bukit Rambai 106. Namun begitu, sekolah di sekitar Melaka beroperasi seperti biasa pada hari ini.

Tinjauan Malaysiaaktif di sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) mendapati orang ramai memakai topeng penutup hidung dan mulut sebagai langkah menjaga kesihatan berikutan udara tidak sihat ini.

 

Tinggalkan komen anda