
Oleh Siti Yusmila Yusof (Baling)
BALING, 6 Nov (Malaysiaaktif) — Hujan lebat yang melanda daerah ini sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan air sungai mencecah paras bahaya.
Justeru itu, penduduk yang tinggal berhampiran sungai kini mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi banjir.
Antara langkah yang diambil bagi mengadapi sebarang kemungkinan, termasuk menyimpan barang-barang berharga, seperti dokumen peribadi, ditempat yang lebih selamat.
Tinjauan Malaysiaaktif petang tadi mendapati beberapa kawasan di Kupang telah dinaiki air, namun keadaan masih terkawal.
Setakat ini hanya satu pusat pemindahan dibuka, iaitu di Kompleks Rakan Muda Kupang di mana seramai 50 orang mangsa banjir dari Kampung Tanjung Merbau ditempatkan.
Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kupang memaklumkan bahawa Bilik Gerakan akan dibuka sekiranya keadaan menjadi semakin teruk. Sehubungan itu, anggota sukarelawan DUN Kupang juga bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan.