Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSabahViral

BRT KK Wajah Baharu Pengangkutan Di Sabah

By 25 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Yahya Abdul Rajak & Warman Wagiman (Sabah)

 KOTA KINABALU, 25 Nov (Malaysiaktif) – Sistem Pengangkutan Awam di Negeri Sabah, terutama perkhidmatan bas berhenti-henti akan mengalami perubahan besar menjelang 2020.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tamparuli, Datuk Seri PanglimaWilfred M.Bumburing tentang pelaksanaan “Bus Rapid Transport” (BRT) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober lalu.

“Pembinaan Sistem Bus Rapid Transit (BRT) di Sabah dengan peruntukan sebanyak RM1.0 Bilion merupakan satu mercu tanda kearah mewujudkan satu sistem pengangkutan awam moden menjelang 2020 di Sabah,”katanya baru-baru ini.

“Pembangunan ini yang akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan melalui Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) terlebih dahulu akan berpandukan kepada kajian terperinci terhadap aspek teknikal, kewangan dan operasi sistem mengikut kesesuaian semasa”.

“Kerajaan negeri akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal bagi memantau pelaksanaanya, termasuk dalam menentukan kadar tambang yang lebih berpatutan, ” kata beliau lagi.

Cadangan mewujudkan BRT KK merupakan inisiatif utama dalam Pelan Induk Penambahbaikan Pengangkutan Awam (Bas) Bandaraya Kota Kinabalu dan Greater Kota Kinabalu.

Musa berkata empat Terminal Bersepadu akan dibangunkan, iaitu Terminal Bas Bersepadu Utara Inanam, Terminal Bas Bersepadu Selatan Kepayan (Berhampiran KKIA), Terminal Bas Bersepadu Timur, Penampang dan Terminal Pusat Wawasan Kota Kinabalu yang sedang dibina.

Menurut beliau BRT KK akan merangkumi tiga laluan utama sepanjang 44 KM, iaitu Putatan – Kota Kinabalu – Inanam (20 KM, Kota Kinabalu – Penambang (11 KM), Kota Kinabalu – Alam Mesra (13 KM).”

BRT KK adalah sistem pengangkutan awam berhawa dingin yang menggunakan laluan khas serta kuasa bateri yang lebih mesra alam.

Ciri-ciri lain termasuk CCTV, Kutian Tambang Automatik dan Sistem Pemantauan Flit yang bertaraf antarabangsa.

Tinggalkan komen anda