Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pesta Pantai Langkawi 2015 Disambut Meriah Penduduk, Pelancong

By 25 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Nazri Saparudin & Muhamad Azrul Hafiz Mohammad Nazri

LANGKAWI, 25 Nov (Malaysiaaktif) — Pesta Pantai Langkawi 2015 berlangsung selama dua dari 20 hingga 21 November lepas di Jalan Pantai Tanjong Rhu.

Pesta kali kedua ini melibatkan enam buah mukim di Pulau Langkawi, iaitu Mukim Ayer Hangat, Mukim Kedawang, Mukim Ulu Melaka, Mukim Bohor, Mukim Padang Matsirat dan Mukim Kuah.

20151123023148

Sambutan daripada penduduk kawasan terbabit amat menggalakkan, termasuk daripada pelancong asing.

Antara acara yang diadakan, termasuk bola sepak pantai kanak-kanak, bola jaring pantai wanita, tarik tali lelaki dan wanita, tarik tali perahu, lumba perahu panjang, panjat tiang licin, pukul bantal dan paling menarik, acara Mr Macho Abang Sado 2015.

Pesta dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Rozaina Radzi.

20151123023146

Turut hadir Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat Datuk Haji Mohd Rawi Abdul Hamid, ADUN Kawasan Kuah Norsaidi Nayan, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohd Taiyab, Timbalan Gabenor Satun Soradej Sundarajun dan Pengarah Pelancongan Negeri Kedah Anuar Abd Razak.

Dalam ucapannya, Haji Mohd Rawi berkata pesta kali ini bukan untuk mencari mukim yang terbaik tetapi untuk mengeratkan silaturahim antara semua penduduk dan jabatan di Pulau Langkawi.

Beliau berkata, ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan Daerah Chang Wat, Satun yang turut terlibat dalam program ini dengan menyediakan peserta tarian kebudayaan.

 

Tinggalkan komen anda