Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pokok Mati Tumbang Timpa Rumah Ketika Ribut Di Merlimau

By 25 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 24 Okt (Malaysiaaktif) Β – Hujan yang lebat diiringi ribut pada pada kira-kira pukul 6.20 petang semalam mengakibatkan sebuah pokok mati tumbang menimpa bahagian dapur rumah penduduk kampung di Jalan Loji Chinchin, Merlimau.

Namun begitu rumah di lereng bukit yang didiami dua beranak, Saerah Baharom,58 dan ibunya yang berusia 80 tahun menyukarkan kerja-kerja pembersihan.

20151124223410

Oleh itu, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tersebut, Mustafa Baharom menyarankan supaya kerja pembersihan dilakukan hari ini.

“Rumah mangsa terletak di atas bukit dan semak di bahagian tepi rumah akan menyulitkan kerja-kerja pembersihan. Selepas berbincang dengan Tok Sidang, kami mengambil keputusan untuk melakukan kerja pembersihan pada esok hari,” ujar beliau.

Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut dihubungi untuk membantu pemantauan di lokasi bencana. Tiada pemindahan dilakukan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Tinggalkan komen anda