
Oleh Wan Shahilawati Wan Baharuddin ( Kota Bharu)
KOTA BHARU, 13 Nov (Malaysiaaktif) –Dialog “Demo Tanyo Ambo Jawab” bersama Ahli Undangan Negeri Kawasan Salor, Husam Musa semalam merupakan kali kedua selepas ceramahnya di Kedai Mulong minggu lepas yang telah mengejutkan khalayak politik apabila beliau mendedahkan cerita dalaman PAS melibatkan presiden parti tersebut, Haji Abdul Hadi Awang.
Sesi dialog yang berlangsung di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Bharu pada pukul 9.00 malam itu sememangnya ditunggu-tunggu kerana sebelum ini beliau hanya membisu.
Dalam sesi dialog tersebut Husam menegaskan bahawa beliau tetap kekal dalam PAS walaupun ada gesaan daripada Ketua Dewan Ulama agar keluar dan menyertai AMANAH.
Husam menganggap gesaan itu sebagai melampau kerana tiada sesiapa berhak mengarahkan beliau keluar PAS.