
PARIS, 14 Nov — Kira-kira 140 orang terbunuh dalam serangan di dewan konsert Bataclan pada Jumaat malam di sini, kata polis.
Tiga lelaki dipercayai pengganas yang melakukan serangan turut ditembak mati selepas polis menyerbu dewan itu.
Terdahulu, seramai 39 dilaporkan maut dalam beberapa siri tembakan di sekitar Paris pada Jumaat.
Selain itu letupan turut kedengaran di luar stadium Stade de France ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Perancis dan Jerman sedang berlangsung.
Tiga dilaporkan terbunuh manakala beberapa lagi cedera parah dalam insiden letupan di pintuk masuk J, di stadium tersebut.
Para penyokong yang menyaksikan perlawanan berkenaan turut menunggu sehingga suasana selamat sebelum jeluar dari stadium.
Pasukan keselamatan turut melakukan pemeriksaan rapi terhadap kenderaan dan hotel yang didiami pasukan German dan Perancis.