Skip to main content
Berita TempatanJohor

Program 10,000 Langkah Bersama Penduduk Felda Tenggaroh 06

By 25 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zahairi Ahmad Zabidi (Mersing)

MERSING, 24 Nov (Malaysiaaktif) — Menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan supaya masyarakat sentiasa sihat dan mengamalkan sukan, Komuniti 1Malaysia (K1M) Sabtu lepas menganjurkan Program 10,000 Langkah untuk penduduk Tenggaroh 06 pada Sabtu lepas.

Program yang turut memuatkan sesi Poco-Poco itu berlangsung dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tenggaroh 06.

Lebih 120 orang peserta berkumpul seawal pukul 8.00 pagi di perkarangan Wisma JKKK Felda Tenggaroh 06 menantikan perasmian oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor merangkap ADUN Endau, Datuk Abd Latif Haji Bandi.

Abdul Latif antara yang turut serta berjalan mengelilingi kawasan perumahan Felda sembil beramah mesra bersama penduduk.

 

Tinggalkan komen anda