Skip to main content
EkonomiHomeViral

Cukai Eksais Rokok Elektronik Masih Dikaji – Menteri Kesihatan

By 5 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Parlimen)

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan memaklumkan hari ini mereka masih mengkaji keperluan mengenakan cukai eksais terhadap vape atau rokok elektronik bagi menghalang ia terus merebak dalam kalangan anak muda Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam menjelaskan ia dikaji berikutan kandungan nikotin dalam vape yang telah diiktiraf sebagai bahan terkawal.

“Kalau e-cigarette (e-rokok) yang mempunyai nikotin, kami mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk memberi layanan kepada e-cigarette sama macam rokok,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

β€œKalau rokok dikenakan cukai eksais, e-cigarette pun kena cukai eksais, tapi itu kami sedang kaji daripada segi undang-undang.”

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihaknya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu yang didapati menjual rokok elektronik itu tanpa permit farmasi.

“Nikotin ialah bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952. Sesiapa yang menjual nikotin perlu memohon permit daripada biro farmasi, jadi jika tiada permit ia merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan.”

Dr Subramaniam juga menambah langkah itu perlu bagi membendung budaya vape menggantikan budaya menghisap rokok.

Beliau berkata kementeriannya perlu memainkan peranan dalam memaklumkan rakyat terhadap kesan penggunaan vape ke atas kesihatan rakyat.

“Dalam masa hanya setahun, pengguna e-cigarette dan vape meningkat dengan ketara. Kini terdapat lebih sejuta pengguna. Ini perkembangan yang membimbangkan,” katanya.

“Mesej kami mudah. Kami mahu menghentikan rakyat Malaysia daripada vaping sama ada terdapat larangan atau tidak. Mungkin kesannya tidak nampak hari ini tapi nampak dalam atau 10 atau 15 tahun lagi.”

Sebelum ini, Dr S Subramaniam memaklumkan peniaga e-rokok tidak mempunyai lesen untuk menjual produk nikotin, seperti termaktub bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983.

Pengarah Urusannya, berkata ia dinaikkan mengikut jumlah yang dibenarkan oleh kenaikan cukai eksais dan kesannya terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta tekanan kos syarikat.

 

Tinggalkan komen anda