Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kembara Kelab 1Malaysia Mentransformasikan Minda Pelajar

By 5 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Norhasliza Hamzah (Segamat)

SEGAMAT, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 34 orang ahli Kelab 1Malaysia dan enam orang guru pengiring menyertai program Kembara Minda Sehati Sejiwa Kelab 1Malaysia ke Jeram Tinggi, Jementah semalam.

Program kembara ini disertai oleh enam  buah sekolah, iaitu SMK Tinggi Segamat (STS), SMK Dato’ Ahmad Arshad (Batu Anam), SMK Dato’ Bentara Dalam, SMK Buloh Kasap, SMK LKTP Pemanis dan SMK Gemereh.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Segamat, Zainuddin Yusof, kembara ini membantu menguatkan semangat ahli menerusi pelbagai aktiviti, termasuk pendakian Jeram Tinggi.

Bergambar Di Jeram Tinggi

Beliau berkata hala tuju Kelab 1Malaysia di daerah Segamat dirancang dengan rapi selaras dengan visi menjadikannya kelab yang unggul supaya dapat melahirkan generasi patriotik dan berwawasan.

Program ini dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Buloh Kasap, Hajah Norshida Ibrahim.

Dalam ucapannya, Hajjah Norshida berkata bilangan sekolah di daerah Segamat yang menubuhkan Kelab 1Malaysia masih kecil biar pun ia sudah lama diperkenalkan oleh Jabatan Penerangan.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya sekolah-sekolah di daerah Segamat mengambil inisiatif menubuhkan kelab tersebut kerana program-program yang diatur banyak memberi impak dan membentuk nilai murni serta keperibadian pelajar.

Program kembara ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Segamat.

 

Tinggalkan komen anda