
Oleh Suhairi Ishak (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 4 Nov (Malaysiaaktif) — Sultan Johor, Tuanku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam melepaskan beberapa ekor kuda laut di tapak Ramsar pembiakan Kuda Laut Sungai Pulai, Gelang Patah.
Kuda laut yang dilepaskan di perairan Johor ini adalah daripada spesis hippocampus trimaculatus dan hippocampus spinossismus.
Program ini mendapat kerjasama daripada J-Biotech bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Iniaisiatf tersebut sedang giat dimajukan di kawasan Perlindungan dan Penetasan Kuda Laut Johor di tapak Ramsar Sungai Pulai serta Pusat Konservasi Marin di Taman Laut Sultan Iskandar.
Lokasi-lokasi ini berfungsi sebagai pusat penyelidikan, konservasi dan pembangunan hidupan marin.
Untuk rekod, tiga daripada lapan spesis ikan yang dikenali sebagai kuda laut di Malaysia terdapat di perairan Johor.