Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

Kembara Amal Bukit Kepong 2015 Singgah Di Sg Rambai

By 6 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 6 Nov (Malaysiaaktif) — Program Kembara Amal Bukit Kepong 2015 yang bermula hari ini singgah di Laman Belia Sungai Rambai tadi untuk jamuan petang. Ketibaan rombongan seramai 37 orang yang menggunakan 24 buah jetski disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman.

Program anjuran Persatuan Jet Ski Negeri Johor yang dinaungi oleh Tunku Abdul Jalil Ibni Almarhum Tunku Osman ini dijadualkan berlepas ke Tanjung Emas, Muar selepas jamuan, iaitu lokasi sebenar bermulanya program selama dua hari itu.

 

20151106044348 (1)

 

Kembara Amal Bukit Kepong 2015 diadakan bagi mengutip dana untuk anak yatim dan balu anggota polis yang pernah bertugas di Bukit Kepong.

Dalam ucapannya, Hasan berharap agar negeri Johor turut menyumbang kepada penyeleggaran sempadan Sungai Muar supaya dapat terus dijadikan sebagai fokus aktiviti sukan dan rekreasi.

20151106044349

Beliau merujuk kepada Projek Pembangunan Lembah Ledang yang dipersetujui oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Senator Tan Sri Ali Mohd Rustam dan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Osman supaya kawasan itu dipelihara kerana ia merupakan punca air mengalir ke laut dan sempadan dua buah negeri.”

Pada hari kedua kembara amal ini, para peserta akan bertolak ke Balai Polis Bukit Kepong pada kira-kira pukul 8.00 pagi untuk menghadiri majlis perasmian dan penyampaian sumbangan oleh Tunku Jalil sendiri. Rombongan juga akan singgah di Jorak dan Panchor.

 

Tinggalkan komen anda