Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganuViral

Program GS Kemaman Dalam Malaysia Book of Records

By 16 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN, 16 Nov (Malaysiaaktif)– Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia semalam melakar satu lagi sejarah apabila berjaya disenaraikan ke dalam The Malaysia Book Of Records( MBOR)  bagi pencapaian paling ramai pelajar menanam sayur dalam botol plastik yang dikitar semula.

Seramai 1001 peserta dari lima buah sekolah rendah mengambil bahagian dalam program yang membabitkan pelajar berumur di antara 10 hingga 12 tahun ini. Kesemua mereka didedahkan kepada cara penanaman sayur secara mudah dengan menggunakan botol plastik yang terpakai.

12238495_956995581039144_1946985716864772468_o

Program yang dinamakan ‘School Of Green Shoots’ (GS)  ini berlangsung di Dewan Sri Amar, Chukai dan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, hasil kejayaan ini diiktiraf sebagai pencapaian rekod ‘Paling Ramai Pelajar Menanam Sayur dalam Botol Plastik Kitar Semula’ dalam MBOR.

Ahmad Shabery memberitahu wartawan dalam satu sidang akhbar selepas program tersebut bahawa matlamat mereka ialah untuk memupuk minat pelajar kepada pertanian supaya generasi akan datang tahu menghargai pertanian dan lebih minat menceburi bidang ini.

12244829_956995871039115_7539531179276079594_o

Menurut Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Sharif Haron sehingga hari ini, sebanyak 16 program GS telah dilaksanakan di seluruh negara, termasuk Melaka, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak membabitkan 537 pelajar.

Beliau berkata program GS kali ini mendapat penyertaan teramai dari Sekolah Kebangsaaan (SK) Chukai, SK Sri Iman, SK Seri Geliga, SK Sultan Ismail dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chukai.”

Program GS yang menggunakan komponen teknologi, kemahiran, kepimpinan dan keusahawanan ini diperkenalkan Mardi sejak Mei 2014 sebagai satu inisiatif untuk melahirkan lebih ramai generasi muda menceburi sektor pertanian.

 

Tinggalkan komen anda