Skip to main content
EkonomiHomeViral

Projek HSBB2 Telah Mula Sejak Februari – Jailani

By 16 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Malaysiaaktif) — Kerajaan mengesahkan pembinaan kabel fiber optik di bawah projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 (HSBB2) telah dilaksanakan sejak Februari lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata sehingga Julai tahun ini, projek itu menumpukan kepada perancangan laluan fiber optik, perolehan peralatan dan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa.

“Dalam tempoh itu juga, kerja sivil seperti mengorek jalan dan memasang saluran fiber utama dilaksanakan,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Jailani memaklumkan sebanyak 2,900 port telah diperuntukkan khas untuk negeri Kelantan tahun ini.

“Sehingga kini, sebanyak 128 port telah siap dilaksanakan di negeri Kelantan,” katanya lagi.

HSBB2 merupakan Projek sambung HSBB fasa satu dan dilaksanakan hasil kerjasama antara Kerajaan dan Telekom Malaysia untuk menyediakan akses dan rangkaian teras domestik yang lebih laju dan berkesan.

Jumlah kos pelaburan HSBB dari mula hingga sekarang dilaporkan telah mencecah lebih RM1.8 bilion.

 

Tinggalkan komen anda