Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelakaViral

Banjir Kilat Di Kampung Rembia Melaka

By 16 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA 15 Nov (Malaysiaaktif) — Hujan lebat yang bermula lewat petang semalam mengakibatan banjir di Kampung Rembia di sini pada petang dan malam tadi.

Sebanyak empat buah rumah terjejas melibatkan seramai 17 orang mangsa. Sehingga pukul 9.30 malam hanya tiga orang mangsa, termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) bersetuju untuk dipindahkan ke tempat lebih selamat, sementara mangsa-mangsa lain terus dipujuk oleh para anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) supaya turut sama.

20151115224036 (4)

Sejurus setelah disedari air semakin naik, pihak JPAM Alor Gajah dimaklumkan dan menghantar empat orang anggota ke kawasan tersebut bersama sebuah ambulans.

Kesemua mangsa yang dipindahkan ditempatkan di Bilik Bacaan Kampung Rembia.

 

Tinggalkan komen anda