Skip to main content
EkonomiHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Protes Haramkan Aplikasi “Uberteksi” dan “Grabcar”

By 18 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Ura-ura Perhimpunan Aman Warga Teksi yang diuar-uarkan sejak beberapa hari yang lalu menjadi kenyataan hari ini apabila sebilangan pemandu teksi berhimpun di hadapan Parlimen tengah hari ini.

Pemandu teksi ini mendesak agar rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi ‘Uberteksi’ dan ‘Grabcar’ yang dilihat menjejaskan periuk nasi pemandu teksi.

Sementara itu, kelmarin polis telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai Perhimpunan Aman Warga Teksi yang dijadual berlangsung di ibu negara pada hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata perhimpunan itu melanggar undang-undang, dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) kerana tidak mendapat kebenaran daripada tuan punya pemilik tempat.

“Sekiranya perhimpunan itu diadakan, maka perhimpunan itu satu perhimpunan yang tidak mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Zainol menasihatkan agar pemilik permit teksi tidak menggunakan kenderaan mereka bagi tujuan perhimpunan.

 

Tinggalkan komen anda