Skip to main content
GlobalHomeViral

Legenda Ragbi All Blacks, Jonah Lomu Meninggal Dunia

By 18 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

 AUKLAND, 18 Nov (Malaysiaaktif) –  Pada usia 40 tahun, legenda sukan ragbi New Zealand All Blacks, Jonah Lomu menghembuskan nafasnya yang terakhir secara mengejut di sini sekitar jam 8 hingga 9 pagi tadi.

Bekas doktor All Blacks, John Mayhew dan Persatuan Ragbi New Zealand (NZR)  mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa keluarga mendiang memohon agar mereka diberikan ruang untuk berkabung.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NZR, Steve Tew menerusi akaun twitternya turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian mengejut Jonah Lomu.

“Kami berasa simpati kepada keluarga Lomu. Lomu merupakan seorang legenda ragbi yang disayangi oleh peminatnya di seluruh dunia.’

Lomu sebelum ini mengalami masalah kesihatan yang dihadapinya selepas persaraan pada 2002 berikutan masalah buah pinggang yang dikenali sebagai nephrotic syndrome. Lomu telah menjalani pembedahan buah pinggang pada 2004 dan terpaksa menjalani rawatan dialisis sejak 2005.

Terkenal sebagai antara atlet termuda dalam sejarah All Blacks, Lomu mula beraksi di pentas antarabangsa ketika berusia 19 tahun. Berketinggian 6’5, berat 120 kilogram dan kelajuan lariannya dianggarkan 11 saat bagi jarak 100 meter, menjadikan dirinya sempunrna untuk mendominasi sukan ragbi.

Lomu pernah beraksi untuk 63 perlawanan antarabangsa sepanjang mewakili New Zealand sejak 1994.. Dia juga berjaya membuat 37 tries sepanjang kerjayanya bersama pasukan kebangsaan negara itu.

Jonah Lomu meninggalkan isterinya, Nadine Quirk dan dua orang anak lelaki Brayley dan Dhyreille.

 

Tinggalkan komen anda