Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Mangkat

By 29 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
ALOR SETAR, 29 Nov  — Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akibat kegeringan.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir mengumumkan jenazah Almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit pada 1 tengah hari ini.

“Bendera negeri, persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini. Tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari mulai hari ini. Dalam waktu tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang.

Mukhriz berkata penghormatan untuk orang kenamaan pula akan bermula pada pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang, sebelum jenazah dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 4.45 petang.

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda