
Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 8 Nov (Malaysiaaktif) — Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Parlimen Batu Pahat dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Cawangan Batu Pahat Sabtus lepas menganjurkan “Sambutan Hari Keluarga Bersama Warga Sungai Suloh dan Sg. Ayam.”
Majlis dikelolakan oleh AJK Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, Ketua UMNO Cawangan Sungai Suloh, Ketua Kampung Sungai Suloh serta Ketua Kampung Sungai Suloh Timur.
Turut membantu, Ketua-ketua UMNO Cawangan, Ketua-ketua Wanita UMNO Sungai Suloh dan Sungai Ayam, Biro Sukan dan Rekreasi Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, dan Persatuan Belia Sungai Suloh Bersatu (PBSSB).
Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang, Aziz Ismail.
Pelbagai acara diadakan, termasuk Pertandingan Boling Padang, Pertandingan Tarik Upih, Pertandingan Tiup Belon, Pertandingan Bola Rounders, dan Pertandingan Mewarna bagi Kanak-Kanak Tabika.