Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program “Gaya Hidup Sihat Untuk Kanak-Kanak Senggarang 2015”

By 11 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh  Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 8 Nov(Malaysiaaktif) —  Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kawasan Dewan Undangan Negeri Senggarang bersama lapan PDK lain dari seluruh daerah Batu Pahat telah menganjurkan satu program “Gaya Hidup Sihat Untuk Kanak-Kanak” bersempena Hari Kanak-Kanak Sedunia pada Khamis lepas.

Program yang diadakan di Taman Sri Mewah itu disertai oleh PDK DUN Seri Medan, Seri Sulong, Semerah, Parit Raja, Rengit, Parit Yaani, Penggaram dan Yong Peng.

Turut membantu, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat, Klinik Kesihatan Senggarang, Klinik Pergigian Batu Pahat, Senggarang serta Rengit, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Batu Pahat, KEMAS kawasan Senggarang dan Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Senggarang.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk pemeriksaan gigi serta saringan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Batu Pahat, ceramah “Pertolongan Cemas Untuk Kanak-kanak,’ oleh Dr Hezlin Md Zin, dan ceramah tentang ‘Autisme’ dan ‘Penjagaan Gigi.’

Selain aktiviti berhubung kesihatan, program turut dimeriahkan pelbagai acara untuk kanak-kanak, termasuk Pertandingan Mewarna Untuk Anak-Anak PDK dan Tabika Kemas Senggarang, Tarian ‘Gummy Bears’ persembahan gabungan anak-anak PDK daerah Batu Pahat, dan Tarian Zapin anak-anak Tabika KEMAS Senggarang.

Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang, Aziz Ismail.

 

Tinggalkan komen anda