Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sukarelawan Polis Ceriakan Rumah Amal Bukit Harapan

By 11 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Zuraidah Ahmad & Lo Teck Loong  (Sabah)

KOTA KINABALU, 10 Nov (Malaysiaktif) – Dua platun anggota lelaki dan wanita bersama tiga pegawai kanan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) semalam melakukan kerja amal di Bukit Harapan di sini.

Komandan SSPDRM Kontinjen Sabah, Suprintenden Paul Lajumin berkata aktiviti tersebut bertujuan menceriakan persekitaran dan penghuni rumah amal disamping menyemai sikap saling membantu dalam kalangan anggota dan memupuk kasih sayang sesama insan.

amal1

amal6

“Sebagai pegawai yang menguatkuasakan undang-undang, kita juga adalah manusia yang mempunyai hati nurani seperti orang lain dan aktiviti seperti ini juga berupaya merapatkan Polis dan masyarakat setempat.

“Kita akan membantu sedaya mungkin sesuai dengan tema sambutan Hari Polis Ke-208, iaitu, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,” katanya sejurus selesai program tersebut.

Pada majlis itu, Paul menyampaikan sumbangan berupa barangan asas seperti makanan, pakaian, dan peralatan dandanan diri.

Di samping bergotong-royong membersih kawasan sekitar, mereka juga membaiki peralatan yang rosak dan mengecat semula peralatan di padang permainan.

Sebahagian anggota wanita juga berperanan menceriakan kanak-kanak dengan bermain beberapa permainan dan menyanyikan lagu kegemaran kanak-kanak.

Selain anggota-anggota yang terlibat dengan tajaan, Paul turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abdidin Madingkir dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Yeo Boon Hai.

Turut hadir, Ketua Sukarelawan Polis Daerah (KSPD) Kota Kinabalu, ASP Awang Usli dan KSPD Penampang, ASP Joni Impo.

 

Tinggalkan komen anda