Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

SK Bkt Damansara Terbaik UPSR di Wilayah Persekutuan

By 17 November 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Malaysiaaktif) — Dengan 81 daripada 178 calonnya memperoleh 5A, prestasi keseluruhan 98.7% di samping gred purata sekolah (GPS) 1.34% menjadikan Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara diumumkan sebagai sekolah terbaik bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Wilayah Persekutuan pada tahun ini.

Menurut Guru Besar, Hafizah Ibrahim, sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi (SBT), pihak sekolah sentiasa bekerjasama erat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan merangka pelbagai aktiviti untuk mengekalkan kecemerlangan pelajar.

IMG_4218

Penganjuran program Juara, misalnya banyak membantu kerana murid-murid sendiri yang berusaha gigih membantu rakan-rakannya yang mempunyai masalah dalam bidang akademik. Selain akademik pihak sekolah juga menekankan aspek kokurikulum dan sahsiah diri.

Bagi adik Edelyn Arissa yang memperoleh 5A, dia mendedikasikan kejayaannya kepada guru-guru yang tanpa jemu membantu memberi petunjuk dan kelas tambahan pada setiap hujung minggu. Bagi ayahnya, Eddy Adzroy Baharom pula kerjasama erat antara guru-guru dan ibu bapa banyak menjamin kecemerlangan seseorang anak.

IMG_4262

Ibu bapa perlu lebih berfikiran terbuka dan menerima bahawa kesimbangan antara akademik dan kokurikulum amat penting. Anak saya sendiri bukan sahaja terlibat dalam sukan equestrian, hoki, malah turut serta dalam pertandingan bicara berirama dan drama.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Mahadzir Khalid mengucapkan tahniah kepada semua pelajar, guru-guru dan ibu bapa atas kejayaan peningkatan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada GPN 2.29 tahun lalu kepada 2.27 tahun ini.

 

Tambah beliau, selain akademik ada  juga isu buli dan vape yang akan dipantau secara menyeluruh oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah dan pihak sekolah sendiri.

“Pihak kami mengambil serius tentang isu ini kerana di sekolah dan asrama pasti ada geng yang membuli pelajar lemah. Pihak kami akan memantau secara berterusan bukan hanya sekadar ad hoc. Jika ada bukti, mencederakan, amaran telah dikeluarkan pastinya kes paling berat boleh dikenakan hukuman buang sekolah,” katanya kepada media ketika mengunjungi SK Bukit Damansara sempena keputusan UPSR 2015 pagi tadi.

 

Tinggalkan komen anda