
Oleh Zuraidah Ahmad & Mastim Kiriman (Sabah)
KOTA KINABALU, 11 November 2015, (Malaysiaktif) — Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Kongres India Se-Malaysia (MIC) Sabah semalam diserikan dengan kehadiran Yang diPertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Juhar Mahiruddin.
Beliau diiringi isteri, Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni di majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas.
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman; Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Datuk Seri Panglima Jospeh Pairin Kitingan serta Menteri-menteri Kabinet Negeri, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Pengerusi MIC Sabah, Datuk V. Jothi.