Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Yus Jambu Akan Dikenang Seluruh Rakyat Perlis

By 30 November 2015Disember 2nd, 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Kangar)

KANGAR, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Pemergian pelakon dan pelawak terkenal tanah air yang berasal dari Perlis, Yussry Bin Edoo, 39, akan dikenang seluruh rakyat negeri ini.

Yussry atau lebih dikenali sebagai Pak Yus yang menganggotai Kumpulan Jambu bersama Tokey Raja Lawak meninggal dunia pada pukul 12.17 pagi Isnin tadi di Hospital Selayang akibat sesak nafas.

Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nesam, Bintong iaitu di kampung kelahirannya.

Rakan artis, Angah Raja Lawak menyifatkan beliau seorang rakan yang sangat mesra dan rapat dengan peminatnya.

Beliau berkata, arwah pernah berpesan kepadanya agar menjaga kesihatan dan pemakanan agar kekal sihat.

 

Tinggalkan komen anda