
Oleh Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 5 Dis (Malaysiaaktif) — Seramai 115 kanak-kanak berusia antara 9 hingga 12 tahun hari ini menyertai Majlis Khatan Perdana 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah di sini.
Seperti di tempat-tempat lain, majlis diadakan untuk mengambil kesempatan cuti panjang persekolahan, selain menyambung tradisi sejak zaman dahulu.
Pada amnya, berkhatan secara beramai-ramai menimbulkan keseronokan, terutama pada anak-anak yang mengambil bahagian kerana mengharungi pintu kedewasaan itu bersama rakan-rakan.
Majlis dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Haji Mohd Sabri Alwi.