Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

115 kanak-Kanak Dalam Majlis Khatan Perdana 2015

By 5 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU,  5 Dis (Malaysiaaktif) — Seramai 115 kanak-kanak berusia antara 9 hingga 12 tahun hari ini menyertai Majlis Khatan Perdana 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah di sini.

Seperti di tempat-tempat lain, majlis diadakan untuk mengambil kesempatan cuti panjang persekolahan, selain menyambung tradisi sejak zaman dahulu.

 

20151205031719 (2)

 

Pada amnya, berkhatan secara beramai-ramai menimbulkan keseronokan, terutama pada anak-anak yang mengambil bahagian kerana mengharungi pintu kedewasaan itu bersama rakan-rakan.

Majlis dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Haji Mohd Sabri Alwi.

 

Tinggalkan komen anda