Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2015

By 5 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd.Anuar bin Ibrahim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Malaysiaaktif)  — Seramai 200 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari dalam dan luar negara hadir pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2015 (PEMANAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Program empat hari bertemakan “Mahasiswa Arkitek Masa Hadapan” ini bermula Khamis lepas hingga esok bertujuan memberi platform kepada mereka untuk berinteraksi dan bertukar pandangan ke arah mencetuskan idea bernas bagi menerajui transformasi negara.

Seramai 10 mahasiswa perwakilan PEMANAS akan dipilih untuk berucap dan menyampaikan pandangan golongan mahasiswa pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 nanti.

 

Tinggalkan komen anda