Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Asrama Pondok Madrasah Ahmadiah Terbakar

By 29 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

ALOR SETAR, 29 Dis (Malaysiaaktif) — Dua blok asrama di sekolah pondok Madrasah Ahmadiah di Kampung Kepala Bukit, Bukit Pinang di sini musnah dalam kebakaran tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.30 pagi itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

 

30b7bf6f-81c7-413f-98a1-0e60550828f7

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat dari stesen Jitra menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 10.30 pagi. Dua buah jentera bersama 13 anggota diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Sufian Hassan tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

Api berjaya dikawal dalam masa 10 minit dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.50 pagi.

Menurut Sufian punca kebakaran masih dalam siasatan dan jumlah kerugian masih belum dipastikan.

Sementara itu, guru besar Madrasah, Zubaidi Ismail, 50, berkata setiap blok asrama dibina dengan kos RM25,000. Beliau berkata sebelum ini pada 2006, sebanyak 30 buah pondok di madrasah yang sama musnah dalam kebakaran.

Zubaidi berkata kebanyakan penghuni asrama berkenaan terdiri daripada warga emas yang belajar agama di situ. Pada masa kejadian mereka semua sedang mengikuti kelas.

 

Tinggalkan komen anda