
Mereka tidak meminta untuk menyertai sarkas, tetapi sekiranya mereka boleh bercakap pasti mereka akan memilih jalan keluar daripada penderitaan kehidupan sebagai haiwan di sarkas untuk selama-lamanya.
Mia dan Sita, dua ekor gajah betina berumur 50 tahun itu menghabiskan sebahagian besar daripada kehidupan mereka diikat dengan rantai di sebuah sarkas di Tiruvannnamalai, India.
Walau bagaimana pun, terima kasih kepada badan kebajikan haiwan ‘Wildlife SOS’ yang berjaya menyelamatkan kedua-dua gajah tersebut dan menempatkan mereka di sebuah kawasan perlindungan yang selesa di mana mereka bebas tanpa dirundung penderitaan dan stres.

Selepas perjalanan sejauh lebih 500km ke tempat baharu, Mia terus rebah dan tidur dengan nyenyak kerana terlepas daripada penyeksaan sejak bertahun di sarkas.
Selepas dibebaskan dari neraka sarkas itu, seekor daripada gajah tersebut yang telah di bawa sejauh 500km ke kediaman baharu mereka, terus merebahkan diri dan tidur dengan nyenyak -sesuatu yang jarang dapat dinikmati sepanjang berada di dalam tawanan sarkas untuk menghiburkan penonton yang tidak berhati perut untuk menyedari betapa seksanya mereka.
Sementara itu, menurut ‘Wildlife SOS’, disebabkan layanan yang begitu buruk terhadap mereka, kedua-dua ekor gajah itu didapati mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Sita mengalami sakit di tapak kaki kerana bahagian patah tidak diubat dan disembuhkan sejak sekian lama.
Mia yang lebih cergas mengalami masalah penglihatan serta bengkak di bahagian kaki dan kudis.
Keadaan Sita lagi serius kerana kakinya yang pernah patah tidak lama dahulu masih tidak sembuh sepenuhnya hingga tidak dapat dibengkokkan. Berikutan itu, kaki depannya menjadi panjang menyebabkan tekanan berlebihan di bahagian tapak yang pecah dan sentiasa luka. Sita tidak dapat membaringkan diri sejak bertahun lamanya.