Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganuViral

Mangsa Banjir Kemaman 1,332 orang Setakat 4 petang

By 29 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA TERENGGANU, 29 Dis — Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 1,332 orang daripada 319 keluarga setakat 4 petang Selasa berbanding 997 orang daripada 247 keluarga pada tengah hari.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), bagi keseluruhan Terengganu, mangsa yang terlibat ialah 1,690 orang daripada 442 keluarga yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan.

Di Kemaman, mangsa banjir ditempatkan di 14 pusat pemindahan manakala di Dungun, 358 orang daripada 123 keluarga ditempatkan di lima buah pusat pemindahan.

Bagaimanapun keadaan banjir di Hulu Terengganu dan Marang sudah surut dengan kesemua lapan pusat pemindahan di kedua-dua daerah telah ditutup pada 4.15 petang Selasa.

Keadaan cuaca petang Selasa dilaporkan cerah.

 

– BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda