Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Maulidur Rasul Bandar Baharu Sederhana, Tapi Meriah

By 29 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Anita Omar, Hasmah Hanafi dan Muhammad Azrul Abdullah (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 29 Dis (Malaysiaaktif) — Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Bandar Baharu disambut secara sederhana tetapi meriah Khamis lepas.

Seperti biasa sambutan kali ini diadakan di perkarangan masjid Al-Irsyad, Serdang sebagai tempat semua peserta berkumpul sebelum berarak sejauh kira-kira 2km menuju ke Masjid Al-Fateh, iaitu lokasi utama sambutan.

20151227235509 (1)

Selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini, iaitu Perpaduan Nadi Transformasi Islam, pelbagai jabatan kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan, kampung dan kawasan perumahan mengambil bahagian dengan membawa pelbagai sepanduk mewakili pasukan masing-masing.

Peserta perarakan yang berpakaian sebaik mungkin berusaha untuk menonjolkan pasukan masing-masing agar dapat dipilih sebagai pemenang perbarisan dalam kategori tertentu.

20151227235509 (3)

Selain perarakan kontinjen,pelbagai acara lain, seperti pertandingan mewarnakan gambar masjid bagi kanak-kanak, forum agama dan persembahan lagu-lagu nasyid dan qasidah juga diadakan.

Salah seorang peserta perarakan yang ditemui, Zaharan Hassan berpendapatan sambutan Maulidur Rasul seperti ini perlu dikekalkan untuk pengetahuan generasi baru tentang perjuangan Rasulullah SAW. Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana umat Islam di negara ini masih bersatu, seperti mana ditunjukkan dalam perbarisan dan berselawat beramai-ramai tanpa mengira fahaman politik.

Pertubuhan Peladang Bandar Baharu dipilih sebagai pemenang kontinjen terbaik perbarisan keseluruhan.

Turut hadir Ahli Parlimen Kulim/Bandar Bahar, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fazir dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bandar Baharu, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor.

 

Tinggalkan komen anda