Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeKuala LumpurViral

Penduduk Pindah ke Bukit Jalil Harus Dicontohi – Adnan

By 3 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Malaysiaaktif) — Sejumlah 152 keluarga yang telah menetap lebih 20 tahun di Jalan Peel sedia berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil demi memberi ruang kepada projek “Pembangunan Bercampur” di kawasan tersebut.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, pengorbanan yang ditunjukkan oleh semua penduduk Jalan Peel harus kita contohi.

Mereka ini sanggup meninggalkan kediaman mereka untuk persekitaran yang lebih kondusif selain sewaan yang minimum ke arah pembangunan Wilayah Persekutuan.

Tambahnya, bagi projek berkeluasan 7.80 ekar ini, RM52 juta telah dibayar oleh Yayasan Wilayah Persekutuan kepada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) sebagai bayaran premium tanah tersebut.

Tambah beliau, pusat beli-belah, kediaman,dan  pejabat akan diwujudkan menerusi projek ‘Pembangunan Bercampur’ ini.

Beliau ditemui ketika majlis penyerahan surat tawaran penyewaan rumah PPR Bukit Jalil yang berlangsung di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 1, pagi ini.

Setiap keluarga yang terdiri daripada kaum Melayu(1), Cina(149) dan Sikh(2) itu turut menerima RM10,000 sebagai saguhati.

Perpindahan akan bermula seawal 15 Disember ini.

Tinggalkan komen anda