
Oleh Hamish Sumar (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 14 Dis (Malaysiaaktif) — Nasi ambeng adalah hidangan popular masyarakat Jawa-Melayu di Johor dan Selangor. Ia berupa ayam masak kari pekat, ikan masin goreng (gereh bulu ayam), sambal goreng, tempe goreng, urap (sejenis kerabu), bihun goreng, mi goreng dan serunding, antara lain.
Selalunya nasi ambeng dihidangkan sewaktu majlis perayaan di dalam dulang yang untuk dimakan bersama oleh empat atau lima orang menggunakan tangan.
Bagi seorang penduduk, Siti Aminah Mohd Kasimin, walaupun nasi ambeng semakin dilupakan, namun baginya ia kukuh sebagai tradisi setiap kali diadakan kenduri kesyukuran di rumahnya.
Penyediaan nasi ambeng dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung dan seterusnya dinikmati bersama, justeru membantu mengeratkan silatulrahim melalui perkongsian makanan di dalam dulang.
Apabila selesai makan, nasi dan lauk yang lebih dibungkus untuk dibawa balik ke rumah masing-masing.