Skip to main content
HomeSabah

OKU Bukan Halangan Untuk Bergelar Ratu Pecut

By 14 Disember 2015Disember 16th, 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Leonard Desmond (Sabah)

KOTA KINABALU, 14 Disember 2015 (Malaysiaktif) –? Felicia Binti Mikat (16 tahun), berasal dari dari kampung Kipaku Tambunan, Sabah merupakan seorang yang cukup bertuah dan menjadi sandaran utama Negara bagi acara balapan dalam temasya Kejohanan ASEAN Games yang ke lapan di Singapura baru-baru ini.

Selesa dengan panggilan manja “Lincia” beliau berjaya membuka mata pelbagai pihak apabila memenangi acara pecut 100 Meter dengan catatan masa 14.72 Saat seterusnya mengalahkan peserta dari Brunei Darussalam, An nur Haiyyu Md Yussof, Souliphone Vongdala dari Laos dan Dong Thi Hai Yen dari Vietnam.

Selain itu, Lincia turut memenangi acara 200Meter dan 400 Meter turut mengalakan pesaing yang sama dalam acara tersebut dalam kategori T13 bagi masalah penglihatan.

Ayah Mikat Yamun, seorang ketua kampung Kipaku Tambunan ini turut berbangga dan bersyukur dengan kejayaan anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik ini.

Beliau yang baru tiba di Kota Kinabalu semalam telah disambut oleh Ibunya Nimah Botingan dengan perasaan yang cukup terharu bersama-sama ahli keluarganya yang lain.

Adik Lincia yang bersekolah di SMK Badin Tuaran ini turut bercita-cita ingin menjadi seorang guru dan berimpian besar untuk menjadi seorang pelari pecut antarabangsa di masa akan datang atas bimbingan jurulatih beliau Encik Brayan Bonny dan Encik Tony Sawan.

Kebolehan beliau dikatakan mula di gilap seusia berumur 13 tahun lagi apabila lincia turut memenangi pingat emas acara 100 dan 200 meter di Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan sukan sekolah peringkat negeri Sabah.

 

Tinggalkan komen anda