Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala Lumpur

Baitulmal WPKL Urus Bawa Jenazah Pelajar Dari Jordan

By 25 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Norisam Sahidan & Ruhaimin Ramli (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Jenazah pelajar Malaysia, Allahyarham Fatin Iqmal Idzani mangsa kemalangan jalanraya di Jordan kelmarin akan dibawa pulang ke tanahair secepat mungkin.

Perbelanjaan untuk membawa pulang jenazah dibayai oleh pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak RM18,000 diperuntukkan, termasuk RM3,000 untuk perjalanan seterusnya ke kampung Allahyarham di Lenggong, Perak.

Allahyarham Fatin Iqmal Idziyani antara tiga pelajar  Universiti yang maut dalam kemalangan jalan raya di Mafrah Jordan, kelmarin, manakala dua lagi rakanya, iaitu Fatin Nor Syahirah Ramli dan Izam Hasif kini menerima rawatan di Hospital Kerajaan Mafraq di Jordan.

 

20160124235252

 

Dua lagi yang maut dalam kemalangan itu ialah Hana’ Azhar, 21 dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, 21.

Allahyarham Fatin mengikuti tahun tiga kursus ijazah sarjana muda dalam bidang syariah, fikh dan usuluddin di Universiti Mu’tah Jordan.

Sementara itu, wakil Pemuda  UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) hari ini membuat kunjungan ke rumah Allahyarham Fatin di Flat Seri Selangor di sini.

Antara yang hadir Ketua Pemuda WPKL Mohammad Razlan Mohammad Raffi, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Mohd Raffie Ali Hassan dan Ketua Pemuda UMNO Cheras, Johari Yazid.  Dalam kunjungan itu, Pemuda UMNO Wilayah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Selain itu, Bahagian Perhubungan UMNO Wilayah dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyumbangkan sebanyak RM5,000, manakala Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula mentumbangkan sebanyak RM5,000.

 

Tinggalkan komen anda