Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

MPSP Roboh Premis Haram

By 13 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Mohd Zahari Zakaria PERMATANG PAUH, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Satu operasi merobohkan premis haram telah diadakan di sebuah bangunan membuat bumbung zink, milik syarikat Vitra Kukuh Sdn Bhd pada pagi tadi.

Operasi yang diketuai oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ini dilakukan berikutan aduan orang ramai kerana pembinaan dan operasi yang dijalankan oleh syarikat ini didapati tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak MPSP.

Menurut Pegawai MPSP, Mohd Syukri Said, tahun lalu pihak MPSP telahpun menyaman syarikat berkenaan di bawah Akta Kesalahan Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang dan sebutan kes telah dibuat pada 26 Mac 2015 di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Arifin berkata pembinaan kilang ini telah menghalang laluan air dan parit yang dibina adalah kecil. Perkara ini telah menyebabkan laluan air dari Kampung Tanah Liat dihalang untuk masuk ke dalam longkang besar dan sering kali menyebabkan banjir kilat.

Turut dikenakan saman atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, sebutan kes telah dibuat pada 16 April 2015 di mahkamah yang sama.

Atas kesalahan terbabit Notis Pemberhentian Operasi dan Perobohan telah pun dikeluarkan, namun sehingga pagi tadi syarikat berkenaan masih lagi beroperasi seperti biasa.

Operasi turut disertai oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Polis Di Raja Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.  

Zahari/AH

Tinggalkan komen anda