Skip to main content
Berita TempatanJohor

Majlis Penyampaian Sumbangan Sambutan Tahun Baru Cina

By 30 Januari 2016Februari 1st, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Sam Kong Meng (Kulai)

KULAI, 1 Feb (Malaysiaaktif) — Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2016 diadakan di Dewan Raya Kampung Baru Sedenak Sabtu lepas.

Majlis tersebut anjuran bersama antara agensi dan pertubuhan sukarela di Kampung Baru Sedenak, termasuk Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Baru Sedenak, MCA Cawangan Sedenak, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Sedenak, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sedenak dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Sedenak (JPP).

Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Permai, Ali Mazat Salleh.

Seramai 70 orang warga emas dan golongan tidak berkemampuan di sekitar kawasan Sedenak, Kulai menerima bantuan, termasuk ang pau. Lebih kurang 150 orang hadir.

 

Tinggalkan komen anda