Skip to main content
Berita TempatanSabah

Hubungan Luar Malaysia Terus Dipertingkatkan

By 29 Januari 2016Februari 1st, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Zuraidah Ahmad, Yahya Abdul Rajak & Shahvian Mohd Razali (Sabah)

 KOTA KINABALU, 29 Jan (Malaysiaktif) –? Hubungan antara Malaysia dengan negara luar akan terus dipertingkat menerusi pelbagai bidang termasuk sektor pelancongan, kebudayaan, keselamatan, kewangan, perdagangan antarabangsa dan sebagainya.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Ghulam Jelani berkata tugasnya akan bermula sebaik sahaja beliau menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada pertengahan Februari ini.

“Saya bertekad untuk memberi khidmat terbaik dengan penuh dedikasi dan akan berusaha mempertingkatkan hubungan dua hala yang sedia terjalin sejak sekian lama,” ujarnya.

Senada dengan beliau, Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (MFTC) Taiwan, Datuk Adeline Leong juga berazam menarik lebih ramai pelabur Taiwan melabur di negara ini menerusi MFTC, di samping mengekalkan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Mereka ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Negeri, pagi tadi.

 

Tinggalkan komen anda