Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Melaka Tengah Catat Kes Denggi Tertinggi di Melaka

By 27 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Hj.Mohd Noor Samion (Melaka)

MELAKA, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Melaka Tengah mencatatkan kes denggi tertinggi di Melaka dengan 181 kes, diikuti Jasin dan Alor Gajah, masing-masing 24 kes.

Ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah Melaka Tengah,  merangkap Pegawai Daerah Melaka Tengah, Datuk Hajjah Rusnani Latip dalam Mesyuarat Jawatankuasa pagi tadi.

Menurut Rusnani, terdapat 12 kawasan wabak denggi yang aktif di Melaka Tengah. Antaranya, Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Lorong Setia Taman Ayer Keroh Height, Taman Muzaffar Shah, Taman Tanah Merah Jaya, Taman Datuk Thamby Chik Karim dan Taman Bunga Raya 3.

“Semua agensi yang terlibat dalam jawatankuasa ini hendaklah sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan gotong-royong yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Pegawai Epidemiologi, Dr. Noor Aizam Mohd Said berkata Jabatan Kesihatan akan membuat pemeriksaan tempat pembiakan jentik-jentik. Cara ini lebih berkesan berbanding penyemburan yang hanya membunuh nyamuk dan akan mula dipraktikkan tahun ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah Melaka Tengah telah mengatur pelbagai program untuk 2016, seperti aktiviti gotong-royong, pecah masuk rumah bersama polis, ceramah kesedaran dan pameran-pameran wabak denggi.

 

Tinggalkan komen anda