Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

RAKAM Sumber Sahih Elak Maklumat Palsu

By 27 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Warman Wagiman & Shahvian Muhammad Razali (Sabah)

 KOTA KINABALU, 27 Jan 2016 (Malaysiaktif) –? Rakyat dinasihatkan supaya memastikan setiap maklumat yang diperoleh tepat dan sahih, terutama yang berkaitan keselamatan.

Ini kerana sikap segelintir masyarakat suka menyebarkan perkara yang tidak benar dalam media sosial hingga boleh menggugat ketenteraman.

Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Badaruddin berkata sikap ingin tahu dan keprihatinan masyarakat menyebabkan ada yang terpedaya dan akhirnya menyertai atau menyokong golongan pengganas.

“Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah atau fahaman songsang yang cuba dibawa oleh anasir luar yang berkepentingan menggugat keharmonian dan keamanan negara.

 

4

Kunjungan perpisahan Konsul Jenderal Republik Indonesia di Tawau, Bapak Muhammad Soleh.

 

“Masyarakat perlu bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan keamanan negara dengan memastikan anak-anak mendapat pendidikan, ilmu pengetahuan dan bimbingan yang secukupnya,” katanya.

Beliau berkata demikian  semasa kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni di Istana Negeri, pagi tadi.

Menurut beliau, pasukan keselamatan, khususnya TLDM sentiasa bersiap sedia menangani sebarang bentuk ancaman melalui pelbagai pendekatan.

Antaranya, menerusi program Rakan Maritim (RAKAM) yang dilancarkan di Sandakan sebagai  platform mendekati masyarakat maritim, terutama dalam memberi penjelasan dan mendapatkan maklumat berkaitan.

Sementara itu, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah juga menerima kunjungan perpisahan Konsul Jenderal Republik Indonesia di Tawau, Bapak Muhammad Soleh.

Beliau yang berkhidmat selama empat tahun di Tawau akan kembali ke Jakarta pada 1 Februari 2016.

Muhammad turut menzahirkan penghargaan kepada Tun Juhar dan Kerajaan negeri Sabah yang nenberikan kerjasama sepenuhnya selama beliau bertugas di negeri ini

 

 

Tinggalkan komen anda