Skip to main content
GlobalHomeViral

Tennis: Pertemuan Ke-45 Federer dan Djokovic

By 27 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

MELBOURNE, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Juara 17 kali Grand Slam Roger Federer dan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic akan melakar sejarah tersendiri apabila bakal bertemu untuk kali ke-45 setelah masing-masing berjaya melangkah ke Separuh Akhir Tenis Terbuka Australia 2016.

Kedua-dua mereka yang merupakan musuh tradisi kini terikat dengan 22 kemenangan dalam 44 perlawanan sebelum ini teruja untuk beraksi dalam separuh akhir pada 7.30 malam esok.

Menurut Djokovic, tiada kata untuk menggambarkan kejayaan Federer kerana dia merupakan seorang juara yang hebat dan saya amat menghormatinya. Pastinya esok akan menjadi suatu perlawanan yang hebat.

Ketika suku akhir yang berlangsung semalam, Federer yang pernah memenangi kejuaraan Terbuka Australia sebanyak empat kali telah mengetepikan Tomas Berdych 7-6 (7-4) 6-2 6-4.

Sementara itu, juara bertahan Djokovic yang berusaha mendapatkan kejuaraannya yang keenam, telah mengalahkan Kei Nishikosri 6-3 6-2 6-4 dalam masa dua jam tujuh minit.

Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2016 berlangsung di Melbourne Park bermula 18 Januari hingga 31 Januari ini.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda