Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

Pelancaran Program Kembara SAS Negeri Perlis 2016

By 17 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Anuar Che Amat (Kangar)

ARAU, 17 Jan (Malaysiaaktif) — Program Kembara SAS (Pengasingan Sisa Di Punca) Peringkat Negeri Perlis 2016 dilancarkan hari ini di Rancangan Perumahan Awam Arau.

Program anjuran syarikat E-Idaman ini bertujuan mendidik orang ramai supaya mengasingkan sisa pepejal sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Ini dapat mengurangkan sisa pepejal yang dibawa ke tempat pelupusan dan seterusnya dapat menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal.

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyeru agar budaya menjaga kebersihan dipupuk sejak dari kanak-kanak dan apabila mereka sudah dewasa, sikap tersebut menjadi budaya dan seterusnya masyarakat akan mempunyai generasi yang cintakan kebersihan.

Untuk rekod, Program Pengasingan Sisa Di punca yang bermula pada 1 September lepas di Negeri Kedah dan Perlis berjaya mengumpul sebanyak 41,057.9 kg/41.058 tan sehingga pengunjung 2015. Antara barangan yang di asingkan, termasuk plastik, kertas, besi,  aluminium, kaca e-waste dan lain-lain.

Untuk 2016, pihak E-Idaman berusaha untuk mencapai 30 tan sehari.

 

Tinggalkan komen anda